Sunday, February 24, 2013

Pelukis Sweden hina Rasulullah



STOCKHOLM 21 Feb. - Pelukis Sweden yang pernah menerima ancaman bunuh selepas menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai anjing, mendedahkan akan mempamerkan lukisan baharu tentang Nabi Muhammad dalam satu pameran di bandar Malmoe, Julai ini.
"Adalah penting untuk meneruskannya kerana jika anda tunduk kepada ancaman itu dan beralah, anda meninggalkan asas-asas demokrasi," dakwa Lars Vilks (gambar).
Pelukis itu berdepan dengan beberapa ancaman bunuh sejak lukisannya yang memaparkan Nabi Muhammad dengan berbadan anjing disiarkan buat pertama kalinya di akhbar harian Sweden, Nerikes Allehanda pada 2007.
Vilks mendakwa, lukisan baharu itu akan terus menggambarkan Nabi Muhammad dengan berbadan anjing.
Katanya, adalah sukar untuk menilai sama ada pameran yang akan diadakan di galeri bandar ketiga terbesar di Sweden ini akan mencetuskan lebih banyak bantahan atau ancaman.
Dengan satu pertiga daripada penduduk Malmoe lahir di luar Sweden, bandar itu menjadi tumpuan perdebatan tentang imigran.
Pusat Islam di bandar itu menganggarkan terdapat kira-kira 100,000 penduduk yang beragama Islam di kawasan itu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130222/lu_01/Pelukis-Sweden-hina-Rasulullah#ixzz2LjxHBgwt
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment