Sunday, February 17, 2013

Harap JKM lulus bantuan segera

Harap JKM lulus bantuan segera
Mas berniaga secara kecil-kecilan untuk menghilang rasa bosan namun tidak mampu menampung perbelanjaan hariannya.
MACHANG - Pada usia emasnya, Mas Awang, 84, memilih untuk seorang diri di rumah usang milik saudara terdekatnya di Kampung Pangkal Petai Dalam dekat sini, meskipun anak-anak mengajaknya tinggal bersama.

Mas berkata, pada usianya, dia lebih suka hidup sendiri dan tidak mahu menyusahkan keluarga memandangkan dia masih mampu menguruskan diri walaupun tidak boleh berjalan dengan baik.

Namun katanya, dia berharap permohonannya bagi mendapatkan Bantuan Orang Tua melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini dipertimbangkan, memandangkan dia tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

“Makcik bergantung sepenuhnya kepada anak-anak namun mereka juga hidup susah. Makcik berniaga barangan runcit secara kecilan untuk mengisi masa terluang, memandangkan makcik tidak boleh keluar rumah kerana tidak mampu berjalan dengan baik dan terpaksa menggunakan tongkat.

“Cucu saudara makcik yang belikan barang ini, namun ia bukanlah berniaga dalam erti kata sebenar. Barang yang ada terlalu sedikit dan tidak layak dipanggil berniaga.

"Dalam sehari, makcik hanya mampu memperoleh RM5 atau kurang. Maklumlah hanya satu dua unit sahaja bagi satu-satu barangan yang dijual itu pun hanya kanak-kanak dan sedikit barangan dapur,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mas berkata, permohonan itu dihantar tahun lalu namun malangnya ditolak atas sebab dia berniaga, sedangkan itu hanya aktiviti bagi menghilangkan kesunyian dan tidak memberi pulangan yang baik bagi menampung kehidupannya.

No comments:

Post a Comment