Jakarta: Raja Dangdut Rhoma Irama berkata, dia benar-benar serius ingin bertanding dalam pilihan raya presiden pada tahun depan.
“Pengundi serius dan saya juga serius. Saya mempunyai racangan untuk pilihan raya,” katanya sebagaimana dipetik daripada laporan tribunnews.com. Rhoma berkata, dia tidak menggunakan taktik politik wang ketika berkempen. “Jika saya gunakan wang untuk mencapai cita-cita politik, ia tidak baik. Itulah yang membezakan saya dengan calon lain,” katanya.
Rhoma masih mengembara ke seluruh negara bagi meraih sokongan untuk pencalonannya.
Satu daripada parti politik yang mungkin menyokong pencalonannya ialah Parti Kesedaran Nasional (PKB).- Jakarta Post
No comments:
Post a Comment