Benci sungguh kamu, ya, wahai DFK terhadap orang Islam yang sekadar mendoakan kejatuhan BN; yang bukanlah seratus peratus di dalamnya orang Islam kerana mereka telah banyak melakukan penyelewengan selama diberi kuasa memerintah.
Bagaimana dengan orang Islam yang sewenang-wenangnya memfitnah orang Islam yang lain?
Bagaimana dengan orang Islam yang mengizinkan penyebaran video lucah yang boleh sahaja ditonton oleh anak kamu demi untuk memfitnah orang Islam yang lain?
Bagaimana dengan orang Islam yang mengizinkan penayangan gambar-gambar lucah di dada akhbar yang boleh sahaja dibaca dan ditonton oleh anak kamu untuk memfitnah orang Islam yang lain?
Bagaimana dengan orang Islam yang suka melemparkan cat merah di kenderaan orang Islam yang lain?
Bagaimana dengan orang Islam yang melontar batu ke arah orang Islam yang lain sehingga ada yang luka kepala mereka, malah ada yang terkorban?
Bagaimana dengan orang Islam yang menembak mati orang Islam yang lain dan sehingga hari ini tidak dibicarakan supaya keadilan tertegak?
Bagaimana dengan orang Islam yang menikam atau melukakan orang Islam yang lain?
Bagaimana dengan orang Islam yang menampar, mengepung, menarik tudung kepala (aurat) anak-anak mahasiswa Islam sebagaimana berlaku di Kuantan?
Bagaimana dengan orang Islam yang menghina dan menuduh para ulama Islam sewenang-wenang di TV tanpa mereka dapat membela diri mereka di ruang yang sama?
Bagaimana dengan orang Islam yang menyelewengkan harta negara dan rakyat sehingga kerugian berbillion ringgit?
Bagaimana dengan orang Islam yang lebih suka kepada perhimpunan K-Pop dari perhimpunan untuk ceramah dan kuliah agama?
Tidakkah itu semua membimbangkan kamu untuk masa depan anakmu?
Tidakkah kamu menyayangi mereka?
Sebenarnya, pekong kamulah yang telah terbuka!
No comments:
Post a Comment