Sunday, February 17, 2013

Lebih 60 maut serangan bom Pakistan




17 Februari 2013
QUETTA - Sekurang-kurangnya 63 maut dan lebih 180 cedera dalam serangan bom di kawasan puak Syiah di sini semalam.

Letupan berlaku ketika orang ramai sedang sibuk membeli-belah di pasar utama.

Ketika kejadian, ramai yang keluar terutama  kaum wanita dan kanak-kanak yang baru pulang dari sekolah.

Ketua polis, Mir Zubai Mehmood memberitahu, letupan membabitkan bom seberat 70 sehingga 80 kilogram, yang ditanam dalam tangki air yang dipasang pada treler sebuah traktor.

Letupan turut memusnahkan bangunan sekitar dan pihak polis turut bimbang beberapa penduduk yang terperangkap di celah-celah runtuhan bangunan.

No comments:

Post a Comment