Sunday, February 17, 2013

Letupan bom di Iraq: Pegawai perisik kanan maut



MOSUL, Iraq 17 Feb. - Seorang pegawai perisik kanan Iraq bersama dua pengawal keselamatannya maut dalam insiden dua letupan bom di bandar utara Iraq, Mosul, semalam.
Polis berkata, Brigedier Jeneral Aouni Ali, yang mengetuai akademi perisikan utama Iraq, maut bersama pengawal keselamatannya di luar kediamannya yang terletak di Tal Afar, Mosul.
Aouni terkorban dalam letupan pertama, manakala satu lagi letupan mengorbankan dua pengawal keselamatan Aouni dan mencederakan empat yang lain. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130217/lu_08/Letupan-bom-di-Iraq-Pegawai-perisik-kanan-maut#ixzz2L9RsmlGC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment