SAN FRANCISCO 2 Feb. - Kumpulan penggodam yang tidak dikenali menyerang laman mikro blog Twitter minggu ini dan mungkin memperoleh akses kepada kata laluan dan beberapa maklumat lain kepada sekurang-kurangnya 250,000 pengguna akaun itu.
Menurut Twitter, kata laluan pengguna telah dikodkan dan diperbetulkan semula sebagai langkah pencegahan dan syarikat itu sedang mengenal pasti pengguna yang terjejas.
Pendedahan Twitter itu berlaku selepas serangan siber besar-besaran dilancarkan ke atas New York Times dan Wall Street Journal, tetapi media sosial itu tidak memberi butiran tentang asal atau kaedah penggodam tersebut.
"Serangan ini bukan kerja amatur dan kami tidak percaya penggodaman ini adalah insiden terpencil.
"Orang yang melakukannya sangat hebat dan kami percaya beberapa syarikat dan organisasi lain turut mengalaminya baru-baru ini," kata Twitter dalam blog mereka.
Sehubungan itu, Twitter kini sedang bekerjasama dengan kerajaan dan penguat kuasa undang-undang persekutuan bagi mengesan penggodam tersebut.
Namun, Twitter itu tidak mengaitkannya dengan penggodam China, seperti yang dilakukan oleh New York Times dan Wall Street Journal yang kedua-duanya menyatakan penggodam mereka berasal dari China. - REUTERS
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130203/lu_03/Twitter-digodam-250000-pengguna-akaun-terjejas#ixzz2Jq5DEixl
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment