Thursday, March 14, 2013

Al-Qaeda mengaku lancar serangan kepada Syria



BAGHDAD 13 Mac - Barisan hadapan kumpulan militan al-Qaeda Iraq mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan ke atas konvoi pasukan tentera Syria pada 4 Mac lalu yang mengorbankan 48 anggotanya dan sembilan askar negara ini.
Berdasarkan kenyataan yang disiarkan menerusi beberapa forum jihad, kumpulan al-Qaeda itu mengaku menyerang konvoi tentera Safavid serta kenderaan yang digunakan untuk membawa tentera Nusairi dan kumpulan militia Shabiha.
Menurut Kementerian Pertahanan Iraq, pasukan tentera Syria memasuki negara ini bagi mendapatkan rawatan perubatan dan malangnya mereka diserang di barat wilayah Anbar ketika dalam perjalanan pulang ke Syria. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130313/lu_02/Al-Qaeda-mengaku-lancar-serangan-kepada-Syria#ixzz2NWWdTenN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment