Thursday, March 14, 2013

Program Tukar ke Orang Melayu (Project IC by Mahathir)

Hanya kerana kenyataan media yang Azmin Ali keluarkan pada 18 Januari lalu dan ia di "Copy Paste" ke dalam Description Video YouTube : Program Tukar ke Orang Melayu (Project IC by Mahathir)

>>>http://www.youtube.com/watch?v=ASu0s07Zg4Y 

Azmin dipanggil SKMM beri keterangan

CYBERJAYA 13 Mac - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali hari ini dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memberi keterangan berhubung kaitannya dalam penyebaran video membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau disiasat selama tiga jam bermula pukul 2.30 petang di bawah Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia mengenai video yang dimuat naik ke YouTube bertajuk Program Tukar ke Melayu (Project By Mahathir).

Azmin berkata, beliau telah memberikan sepenuh kerjasama kepada pihak SKMM dengan menjawab 51 soalan yang dikemukakan untuk membantu siasatan.

Video ini memaparkan mengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing dan di dalamnya ada komen saya terhadap video ini.

Ia adalah kenyataan media saya yang dikeluarkan pada 18 Januari lalu mengenai pemberian kad pengenalan di Sabah," katanya selepas disiasat oleh pihak SKMM di sini hari ini.

Azmin menafikan mengenai penglibatan beliau dalam penghasilan video selama hampir seminit itu.

Ahli Parlimen Gombak itu menambah, kenyataannya telah digunakan ke dalam video tersebut dan disebabkan itu beliau dipanggil memberikan keterangan. -Utusan Meloya

No comments:

Post a Comment