Thursday, March 14, 2013

Sengketa agama di Pakistan, 100 kediaman dibakar



LAHORE 10 Mac - Lebih 100 kediaman di Lahore terbakar, semalam dalam pergaduhan melibatkan sengketa agama terbaharu di Pakistan yang didakwa berpunca daripada pergaduhan dua lelaki yang mabuk.
Insiden itu berlaku di kawasan Perumahan Joseph, kawasan majoriti penganut Kristian di timur Lahore, beberapa hari selepas masyarakat Kristian Pakistan didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad.
Kejadian terbaharu itu meningkatkan lagi sengketa agama di Pakistan, yang dihuni oleh 97 peratus penganut Islam.
Polis berkata, pihaknya menahan lebih 150 penduduk dalam serangan semalam dan jurucakap kerajaan wilayah Punjab, Pervez Rashid berkata, dalang di sebalik kejadian akan dibicarakan di mahkamah anti-pengganas.
Dua lelaki yang didakwa mencetus pergaduhan itu, seorang pekerja kebersihan beragama Kristian, Sawan Masih ditahan, kelmarin selepas rakannya yang beragama Islam, Shahid Imran mengadu dia menghina Nabi Muhammad.
Penahanannya menyebabkan penganut Kristian marah dan mencetuskan pergaduhan antara penganut antara kedua-dua agama.
"Mereka selalu duduk dan minum bersama dari dulu. Namun, berlaku sedikit selisih faham antara kedua-dua pihak menyebabkan mereka bergaduh," kata pegawai kanan polis kawasan itu, Multan Khan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130311/lu_04/Sengketa-agama-di-Pakistan-100-kediaman-dibakar#ixzz2NWXXwoRR
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment