Thursday, March 14, 2013

RAHSIA BESAR DISEBALIK PENENTANGAN UMNO TERHADAP GERAKAN PEMANSUHAN PTPTN






Ianya tidak lain tidak bukan ialah kerana dengan pemasuhan PTPTN ianya akan menyebabkan kerajaan terpasa menyusun semula pengambilan pelajar-pelajar samada ke IPTA ataupun IPTS berdasarkan kepada keperluan tenaga kerja dan bukannya menawarkan sebanyak mungkin tempat belajar tanpa mengira keperluan guna tenaga yang diperlukan.



Dengan itu secara automatik pengambilan pelajar-pelajar IPTs juga akan berkurangan dan akan menyebabkan pemilik-pemilik IPTS tidak lagi dapat menjana keuntungan sebagaimana yangsedang mereka nikmati sekarang. 



Berdasarkan pengiraan ringkas untuk 12,000 pelajar kejururawatan yang dikeluarkan setiap tahun, jika didarabkan keuntungan kasar sebanyak RM 25,000 seorang, maka pihak institusi mendapat untung RM300 juta. 


Begitu jugalah untuk kursus-kursus yang lain dimana pihak IPTS akan mendapat keuntungan yang tinggi. 

Persoalannya adakah penuntut akan mendapat keuntungan jika jumlah pengambilan pelajar melebihi keperluan pasaran? 

Untungkah mereka jika habis belajar mereka tidak dapat menjawat jawatan yang berkaitan dengan kursus yang mereka ikuti?


Bukankah sekarang ini dah ramai bekas-bekas pelajar terpaksa menolong ayah dan ibu menjual diatas pasar kerana mereka tidak dapat menjawat jawatan yang ada kaitan dengan kursus yang mereka ikuti? Bukankah itu pembaziran dan juga penindasan kerana mereka terpaksa menanggung hutang PTPTN?


Sepatutnya hutang mereka yang menganggur dan tidak dapat menjawat apa-apa-apa jawatan yang ada kaitan dengan kursus yang mereka ikuti dihapuskan kerana kesilapan berlaku dipihak kerajaan yang meluluskan pengambilan pelajar melebihi keperluan guna tenaga.


ianya berpunca kerana pasaran pendidikan telah dibuka seluas-luasnya oleh Kerajaan BN untuh membolehkan golongan elite-korperat menjana keuntungan melalui pengambilan pelajar secara besar-besaran.

No comments:

Post a Comment