Sunday, March 3, 2013

AS didakwa sering godam laman web China


AS didakwa sering godam laman web China
China dan AS sering membalas tuduhan melibatkan serangan ke atas sistem komputer ketenteraan dan kementerian masingmasing.
BEIJING - China mendakwa dua laman web ketenteraan utamanya termasuk Kementerian Pertahanan digodam lebih 140,000 kali dan hampir separuh daripadanya dilakukan Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap kementerian Geng Yansheng berkata, negara Asia itu pernah dituduh oleh sebuah syarikat keselamatan komputer AS bahawa unit rahsia ketenteraan China menjadi dalang kepada siri serangan yang menggodam sistem komputer AS.

"Mereka (AS) melabelkan dakwaan itu sebagai permulaan kepada perang mulut antara Washington dan Beijing. Sebenarnya AS yang menyerang China.

"Kini laman web Kementerian Pertahanan dan sistem dalam talian tentera China rosak teruk kerana digodam selama sebulan.

"Mengikut alamat IP, sebanyak 62.9 peratus penggodam dikenal pasti berada di AS sewaktu serangan pada 2012," kata Yansheng.  - Reuters

No comments:

Post a Comment