Sunday, March 3, 2013

Naik pangkat selepas mati


Dua perajurit negara naik pangkat

Zulkifli


SUBANG - Dua anggota polis komando VAT 69 yang terkorban dalam insiden tembak-menembak dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina dinaikkan pangkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dinaikkan pangkat kepada Asisten Superitendan Polis (ASP) dan Koperal Sabarudin Daud, 46, kepada Sarjan.
sabarudin


"Saya juga telah berbincang dengan (Timbalan Ketua Polis Negara) Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa sebagai pertimbangan istimewa kedua-dua perwira kita akan dinaikkan pangkat," katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang semalam.
Najib berkata, kerajaan dan pihak polis juga akan mempertimbangkan pemberian-pemberian yang lain selepas selesai urusan pengebumian.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2MQs8OFyz 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment