3 Mac 2013
SUNGAI BESAR - "Saya awalnya tak percaya walaupun polis sendiri yang memaklumkan," kata ibu Allahyarham Koperal Sabarudin Daud, 46, yang maut setelah terkena serangan mortar dalam Ops Sulu di Lahad Datu.
Ibu mangsa, Som Mad Salleh, 72, berkata, dia sukar untuk mempercayai kejadian tersebut memandangkan tidak pernah dimaklumkan arwah bertugas di kawasan berkenaan.
"Saya sangat terkejut, memang sedih tapi saya perlu reda..." katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Som berkata, kali terakhir bertemu arwah sebelum Tahun Baru Cina lalu apabila arwah sekeluarga bermalam di rumahnya di Kampung Lias.
Katanya, arwah ketika itu dari Melaka selepas mengambil anak dan singgah bermalam sebelum pulang ke Ulu Kinta keesokan harinya.
"Dia bagi saya duit belanja. Dia tenung saya sambil senyum. Lama..." cerita Som mengimbas kenangan hari terakhir melihat anaknya Sabarudin.
"Mereka hanya singgah bermalam. Sekejap sangat," air mata Som bergenang. Sebak.
Kata Som, arwah seorang anak yang bertanggungjawab dan akan menghantar wang perbelanjaan setiap bulan.
"Sejak kecil lagi, dia seorang pendiam, tidak banyak. Malah dia juga jarang bergaul dengan orang.
“Sabarudin anak yang baik. Tidak pernah abaikan tanggungjawab terutama sejak ayahnya meninggal dunia empat tahun lalu,” katanya.

No comments:
Post a Comment