|
LAHAD DATU - Hati ibu seorang anggota polis hampir luluh selepas anaknya itu dilaporkan menjadi korban ketiga dalam pertempuran pihak berkuasa keselamatan Malaysia dengan kumpulan pengganas Sultan Sulu di Kampung Tanduo dekat sini pagi kelmarin.
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 60, berkata, berita kematian anaknya, Koperal Azman Ampong, 38, menerusi sebuah saluran televisyen hampir menyebabkan dia pitam di rumahnya di Semporna.
"Saya diberitahu oleh jiran-jiran tentang anak saya sudah mati, tapi saya tidak percaya sebab tidak ada pengesahan oleh pihak berkuasa," katanya ketika ditemui di pekarangan Hospital Lahad Datu (HLD) dekat sini semalam.
Azman yang cedera terkena tembakan di punggung dan paha, bagaimanapun, sempat menelefon isterinya, Marina Djapar untuk memberitahu dia masih hidup.
Marina, 34, tiba di HLD pada pukul 2.15 petang semalam bersama empat anaknya menaiki kenderaan polis sebelum menghabiskan masa lebih dua jam melawat suaminya.
Usaha menemu bual Marina tidak berjaya memandangkan dia enggan memberikan sebarang kenyataan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0303&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz2MQssRwjo
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment