Sunday, March 3, 2013

Serangan berlaku selepas perjanjian rundingan damai


Serangan berlaku selepas perjanjian rundingan damai
Anggota unit pengesan bom sedang memeriksa motosikal yang dipasang bahan letupan.
NARATHIWAT - Sekurang-kurangnya enam cedera dalam insiden letupan di Narathiwat, sehari selepas kerajaan menandatangani perjanjian rundingan damai dengan salah satu kumpulan pemisah di negara itu, menurut polis, semalam.

Kelmarin, Thailand bersetuju mengadakan perbincangan terbuka bersama Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Kuala Lumpur sebagai usaha menamatkan konflik di wilayah selatan.

Sementara itu, polis tidak menolak kejadian letupan di pasar yang berada di dalam zon selamat dilengkapi kawalan keselamatan tinggi tersebut didalangi kumpulan militan.

Sejak 2004, pergolakan tercetus di Yala, Narathiwat dan Songkhla telah meragut lebih 5,000 nyawa. - AFP

No comments:

Post a Comment