Monday, March 25, 2013

Israel roboh khemah bantahan



BAITULMAQDIS 24 Mac - Kira-kira 200 orang aggota polis Israel malam tadi merobohkan khemah bantahan penempatan haram Yahudi yang didirikan penduduk Palestin di pinggir Baitulmaqdis, kata polis dan aktivis hari ini.
Khemah-khemah yang diberi nama ‘Pintu Matahari’ itu dibangunkan aktivis Palestin Rabu lalu berhampiran penempatan Israel, Maale Adumim di Tebing Barat dalam usaha mereka menarik perhatian terhadap rancangan Israel meneruskan pembinaan bangunan di kawasan yang juga dikenali sebagai E1.
Aktivis mendirikan kira-kira 15 buah khemah bagi mengetengahkan isu berkenaan sempena lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke Israel dan Palestin yang berakhir kelmarin, kali pertama sejak beliau memegang jawatan nombor satu Amerika tersebut lebih empat tahun lalu.
Ahli Parlimen Palestin, Mustafa Barghouti yang merupakan satu daripada penganjur ketika dihubungi AFP berkata, beliau dan empat lagi peserta kem bantahan itu telah ditahan dan disoal di balai polis Maale Adumim. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130325/lu_07/Israel-roboh-khemah-bantahan#ixzz2OW4v0mcV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment