Monday, March 25, 2013

Tujuh terkorban dalam pertempuran di Mali



BAMAKO 25 Mac - Sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban termasuk tentera dan dua orang awam dalam pertempuran antara tentera Mali dan kumpulan al-Qaeda di bandar Gao semalam.
Kejadian itu berlaku selepas tentera Mali menjalankan operasi pembersihan besar-besaran yang mensasarkan kumpulan al-Qaeda yang mendakwa melakukan serangan pada waktu malam di kem tentera.
"Seorang tentera Mali, empat orang ahli kumpulan al-Qaeda dan dua orang awam antara yang terbunuh dalam pertempuran tersebut," kata sumber keselamatan Afrika. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130325/lu_01/Tujuh-terkorban-dalam-pertempuran-di-Mali#ixzz2OWOFMrKW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment