Sunday, March 17, 2013

Konflik di Afghanistan terus jadi perdebatan



 
Foto
Tentera Kebangsaan Afghanistan melaungkan slogan ketika menunjukkan kemahiran di sebuah pangkalan tentera di pinggir Kabul semalam.caption image

Foto
Penduduk Afghanistan mengadakan tunjuk perasaan sambil berarak menuju ke bangunan parlimen bagi membantah kehadiran tentera asing di negara itu semalam.

KABUL: Ketika tirai 2014 semakin hampir, masa depan Afghanistan menjadi tumpuan banyak perdebatan.

Perang 11 tahun melanjutkan ketidakstabilan dan Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) sebahagian besarnya gagal mewujudkan keadaan selamat di negara itu.
Ketika semua pihak termasuk rakyat Amerika bersedia menamatkan perang, pengunduran tentera Amerika Syarikat tidak syak lagi akan mencetuskan satu ruang kosong keselamatan.

Berikutan itu kita terpaksa bertanya adakah satu lagi peperangan akan berlaku di Afghanistan atau adakah Taliban akan kembali berkuasa?

Awal tahun ini, ISAF diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) mengatakan bahawa 2012 mencatat penurunan tujuh peratus dalam serangan Taliban di seluruh Afghanistan.

Bagaimanapun, mereka menarik balik kenyataan berkenaan dan mengatakan tiada penurunan mahu pun peningkatan dalam serangan ganas.

Taliban mengekalkan kehadirannya di rantau selatan dan terus meningkatkan usaha mengambil alih kawalan, Afghanistan terpalit dengan masa depan suram.
Kemungkinan berlaku perang saudara di Afghanistan sudah berakar umbi dengan banyak masalah sejak lebih sedekad perang.

Cabaran terbaru termasuk ketidakupayaan Afghanistan untuk melatih pasukan tentera dan polis akibat ketegangan etnik, menamatkan rasuah yang mengkucar kacirkan kerajaan dan mengelak serangan Taliban.

Sepanjang penjajahan Amerika di Afghanistan, Taliban berjaya mengekalkan pengaruh dengan bantuan kumpulan sokongan Al-Qaeda, terutama mereka yang datang dari Pakistan. – Agensi

No comments:

Post a Comment