-Seorang lagi menteri, MB Perlis tak bertanding
Undur diri
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pula membuat keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu.
Timbalan Menteri yang digugurkan ialah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan; Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Jelaing Mersat; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu.
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu tidak akan mempertahankan DUN Bintong, manakala Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah bagi menentang pemimpin DAP, Lim Kit Siang manakala Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula bertanding di Parlimen Bukit Katil.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berpindah ke kerusi DUN Permas, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir pula berpindah ke DUN Ayer Hitam manakala Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dipertaruhkan di DUN Sungai Udang.
Perpindahan kerusi tiga Ahli Parlimen itu menguatkan lagi spekulasi bahawa tiga pemimpin terbabit adalah calon Menteri Besar dan Ketua Menteri jika BN berjaya memenangi negeri berkenaan.
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan BN mencalonkan 33 peratus muka baru di kerusi Parlimen dan 49 peratus muka baru bagi kerusi DUN dan menamakan barisan calon BN kali ini pasukan transformasi BN.
Najib berkata, langkah BN meletakkan muka baru pada pilihan raya kali ini bertujuan memenuhi kehendak dan harapan pengundi yang mahu melihat BN bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan secara menyeluruh.
Pertandingan tumpuan
Sementara itu, PRU kali ini juga menyaksikan pertandingan sengit di beberapa kawasan Parlimen membabitkan nama besar dalam arena politik tanah air dan bakal menjadi tumpuan rakyat.
Pertandingan tumpuan antaranya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon BN yang juga bekas Pengarah PRU PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail (Permatang Pauh); Abdul Ghani dan Kit Siang (Gelang Patah); Tan Sri Isa Samad dan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Jempol); calon rakan BN, Datuk Zulkifli Noordin dan Khalid Samad (Shah Alam); Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai); Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datuk Husam Musa (Putrajaya).
Antara calon yang diberi kepercayaan bertanding semula walaupun kalah pada pilihan raya lalu ialah Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa di Parlimen Ketereh manakala Datuk Othman Abdul yang dua kali PRU tidak bertanding dipertaruhkan di Parlimen Pendang.
No comments:
Post a Comment