Wednesday, April 17, 2013

Parlimen Pasir Mas tiga penjuru

Parlimen Pasir Mas tiga penjuru
Ibrahim disambut oleh penyokongnya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa. - Foto Shahuri Awang

 Kota Bharu: Parlimen Pasir Mas bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Datuk Ibrahim Ali mengumumkan akan bertanding atas tiket Bebas.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) itu berkata, keputusan itu dibuat kerana rakyat mahu beliau mempertahankan kerusi Pasir Mas.
“Saya juga perlu berada di Dewan Rakyat bagi meneruskan agenda perjuangan Melayu dan Islam.


“Saya akan bertanding di peringkat Parlimen dan mungkin juga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pasir Mas iaitu Tendong, Chetok atau Pengkalan Pasir,” katanya di sini, semalam.

Walaupun BN tidak mencalonkannya, Ibrahim berkata, beliau tetap berterima kasih kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak dan menyeru ahli PERKASA supaya memberi sokongan penuh kepada BN.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengumumkan senarai calon BN di Kelantan semalam, menamakan Che Johan Che Pa daripada UMNO bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas.

No comments:

Post a Comment