Wednesday, April 17, 2013

Naik MRT percuma


Singapura: Singapura semalam mencadangkan rancangan untuk menyediakan pengangkutan percuma ketika waktu puncak setiap pagi bagi mengurangkan kesesakan di rangkaian transit aliran massanya.

Menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA), mereka akan memulakan percubaan selama setahun mulai 24 Jun ini.


Kenyataan LTA menyebut, penumpang yang menaiki kemudahan Metro ke 16 destinasi terpilih sebelum jam 7.45 pagi tidak dikenakan bayaran.


“Pengguna yang tiba di stesen di antara 7.45 pagi dan 8 pagi akan diberi diskaun sehingga 50 sen (RM1.23) daripada harga asal tiket,” kata agensi itu.


Harga tiket di Singapura ditentukan bergantung kepada jarak perjalanan masing-masing di antara 83 sen (RM2.04) hingga (RM4.79).


Menurut LTA, pelan itu dibuat untuk menggalakkan orang ramai yang mampu dan mahu membuat perubahan jadual perjalanan harian ke tempat kerja sebelum tiba waktu puncak. “Ia sebahagian daripada usaha kerajaan cuba mengurangkan kesesakan pada setiap pagi hari bekerja dalam tempoh jangka pendek,” katanya.

Masalah kesesakan di rangkaian pengangkutan awam Singapura menimbulkan kemarahan orang ramai dan sesetengah daripada mereka menyalahkan kerajaan tidak berusaha secukupnya mengawal jumlah pekerja warga asing di negara itu.


Selain masalah pengangkutan, kebanjiran warga asing juga didakwa mengecilkan peluang pekerjaan dan perumahan untuk warga Singapura.

Kemarahan itu berlarutan sehingga pilihan raya umum pada 2011 apabila parti pemerintah memperoleh jumlah undi paling rendah dalam sejarah 50 tahun ia memerintah. - AFP

No comments:

Post a Comment