PYONGYANG - Ketegangan di Semenanjung Korea meningkat susulan kenyataan Korea Utara yang menegaskan pihaknya tidak akan memberi sebarang tanda amaran sebelum menyerang Korea Selatan.

“Kami akan bertindak bila-bila masa dari sekarang tanpa sebarang amaran,” kata Pyongyang dalam satu kenyataan kepada media tempatan, hari ini.

Korea Utara berkata, mereka akan bertindak balas ekoran penghinaan pihak Korea Selatan yang mendakwa terdapat satu  perhimpunan menentang Korea Utara di Seoul.

Ancaman itu datang sehari selepas Korea Utara meyambut ulang tahun kelahiran pengasas negara mereka, kim II Sung yang melancarkan Perang Korea.

Semalam, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry menggesa Pyongyang menghentikan program nuklear mereka jika mahu mengadakan perbincangan.