Wednesday, June 26, 2013

Etnik Islam Uighur diserang


BEIJING 26 Jun - Sebanyak 27 orang terbunuh apabila penyerang bersenjatakan pisau menyerang penduduk minoriti Uighur di wilayah bergolak di barat China, awal hari ini, kejadian yang hampir sama dengan insiden berdarah pada 2009 yang mengorbankan hampir 200 orang.
Menurut agensi berita Xinhua, keganasan yang berlaku pada pukul 6 pagi itu turut menyebabkan tiga warga Turki cedera, selain menjadikan bangunan kerajaan dan tapak pembinaan sebagai sasaran utama mereka.
Sebanyak 17 orang terbunuh dalam serangan itu termasuk sembilan anggota polis, sebelum polis bertindak menembak mati 10 penyerang di Lukqun, sebuah bandar di wilayah Turpan.
Memetik pegawai jawatankuasa Parti Komunis di rantau itu, Xinjiang merupakan penempatan terbesar minoriti Uighur beragama Islam, tetapi diperintah oleh etnik majoriti Han China, wilayah yang bersempadan dengan Asia Tengah, Afghanistan dan Pakistan.
Laporan tersebut bagaimanapun, tidak mendedahkan maklumat lanjut punca pergolakan terbaharu tersebut.
Seorang pegawai yang dihubungi berkata, dia hanya mengetahui berita itu melalui Internet dan tidak mempunyai maklumat. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130627/lu_08/Etnik-Islam-Uighur-diserang#ixzz2XQEZxmcK
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment