Wednesday, June 26, 2013

Putera Mahkota Sheikh Tamim ditabal sebagai pemerintah Qatar

SHEIKH HAMAD ketika mengumumkan penyerahan kuasa pemerintahan Qatar kepada anakandanya yang disiarkan menerusi saluran televisyen Qatar TV semalam.


DOHA - Pemerintah Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani menyerahkan kuasa pemerintahan negara itu kepada anakandanya, Putera Mahkota Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani, 33, semalam.
Langkah sebegitu sememangnya jarang berlaku di negara rantau Arab. Namun, tindakan itu dibuat bagi memastikan proses peralihan kuasa dapat dilaksanakan dengan lancar.
Dalam perutusan selama tujuh minit yang disiarkan di televisyen, pemerintah atau Emir berusia 61 tahun itu menyatakan sudah tiba masanya untuk generasi baharu mentadbir negara.
"Masanya sudah tiba untuk generasi baharu memikul tanggungjawab dengan idea-idea inovatif mereka. Justeru, beta ingin meng- umumkan bahawa beta akan meyerahkan kuasa kepada Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani.
"Beta yakin bahawa beliau layak untuk memikul tanggungjawab ini dan boleh dipercayai," kata Sheikh Hamad.
Tarikh sebenar peralihan kuasa itu bagaimanapun tidak dinyatakan.
Penganalisis politik Qatar, Mohammed al-Misfer menyatakan, beliau tidak menjangkakan perubahan besar dari segi polisi luar negara atau perancangan domestik selepas peralihan kuasa tersebut.
Ini kerana Sheikh Tamim sudah pun terlibat dalam pentadbiran negara di bawah arahan ayahandanya sejak sekian lama. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0626&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2XGv8eB2N 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment