BAGHDAD - IRAQ. Sekurang-kurangnya 17 maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam satu siri serangan bom yang disasarkan ke atas puak Syiah.
Menurut pegawai Kementerian Dalam negeri, sebanyak lapan kenderaan dipasangkan bahan letupan di kawasan kejiranan di ibu kota Iraq itu semalam.
Sumber memberitahu, bom diletupkan di kawasan Nahrawan, Jadidaj dan Jihad kawasan barat daya bandar, Ma’amel di tenggara Baghdad, Karada dan Amanah di tengah-tengah ibu negara dan Shurtah dan Husseniyah di timur laut Baghdad.
Menurut sumber berkenaan, bom itu diletakkan di dalam kereta dan disasarkan ke kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di kawasan restoran dan pasar.
Katanya lagi, 17 maut dan sekurang-kurangnya 79 yang lain cedera. Keganasan semakin meningkat di Iraq dengan lebih 1,000 orang maut setakat bulan lalu.
No comments:
Post a Comment