Monday, July 8, 2013

DOA MEREKA BERSAMA MURSI

DOA MEREKA BERSAMA MURSI

Beliau ialah Haji Ali Al-Laban..berusia lebih 80 tahun. Ketika pertempuran di Istana Ittihadiyah antara kumpulan samseng dan penyokong Mursi beliau menelefon Ketua Pejabat Ikhwan kawasan beliau bagi meminta izin (istikzan) untuk turun bersama-sama ke Ittihadiyah tetapi tidak diizinkannya kerana keuzuran yang dialami. Sebanyak 4 kali beliau menghubungi ketuanya semata-mata meminta izin untuk turun dan kali keempat beliau menangis dan merayu,lalu diizinkannya. Haji Ali turun ke Ittihadiyah dan sanggup berdiri 6 jam lamanya bagi menyatakan sokongan kepada Presiden Mursi.

Beberapa hari lalu kenderaan beliau dikepung oleh kumpulan baltoji (perusuh) di Qalyubiyah dalam perjalanan pulang dari himpunan di Raba'ah. Akan tetapi syukur beliau dan anaknya Abdul Rahman selamat.

Hari ini sekali lagi beliau turun ke hadapan Pejabat Pengawal Republik dengan bertongkat.

Semoga Allah memberkati usia Haji Ali Laban,bekas Ahli Parlimen Ikhwan wilayah Gharbiyah.

Sila LIKE page: www.facebook.com/pages/Akhukum-Abdul-Malik
untuk mengetahui berita-berita terkini dari Mesir

No comments:

Post a Comment