Monday, July 8, 2013

Penunjuk perasaan kembali ke Dataran Taksim


Polis pencegah rusuhan melepaskan meriam air ke arah penunjuk perasaan yang kembali berkumpul di Dataran Taksim di tengah Istanbul, kelmarin. - REUTERS
ISTANBUL 7 Julai - Polis Turki melepaskan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan beratus-ratus penunjuk perasaan di sebuah dataran, di sini semalam ketika penunjuk perasaan bersedia untuk memasuki Taman Gezi yang menjadi lokasi demonstrasi bantahan terhadap Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan, baru-baru ini.
Polis pencegah rusuhan mengejar penunjuk perasaan di jalan raya, tindakan terbesar polis sejak tercetus tunjuk perasaan pada pertengahan Jun lalu yang menyaksikan Dataran Taksim ditutup.
Pergerakan Perpaduan Taksim terdiri daripada pelbagai kumpulan politik, meminta satu perarakan diadakan bagi memasuki Taman Gezi yang ditutup, namun Gabenor Istanbul memberi amaran tindakan mereka itu akan dihalang oleh polis.
Penunjuk perasaan di Istanbul melaungkan 'Bersama Menentang fahaman Fasis' dan ''Di mana-mana menentang''.
Saksi berkata, polis menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan, namun masih terdapat ramai penunjuk perasaan, termasuk belia dan wanita, masih berada di jalan-jalan raya di sekitar Dataran Taksim lewat semalam.
''Kami berada, di sini hari ini untuk mengambil balik taman kami. Ia sepatutnya dibuka, hari ini (semalam). Mereka (pihak berkuasa) memanggil kami penjajah, tetapi taman ini telah dijajah oleh kerajaan sejak beberapa minggu lalu,'' kata seorang penunjuk perasaan, Asim Elci, 41 tahun.
Di Ankara, beratus-ratus penunjuk perasaan berarak di jalan-jalan raya berdekatan pusat bandar tersebut.
Saluran televisyen Turki, Halk TV menunjukkan penunjuk perasan berada di hadapan polis pencegah rusuhan di Istanbul, sambil memaparkan keputusan mahkamah membatalkan rancangan untuk membina berek era-Oth maniyah di Dataran Taksim. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130708/lu_03/Penunjuk-perasaan-kembali-ke-Dataran-Taksim#ixzz2YRuh17NA
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment