Saturday, August 3, 2013

4,900 anggota Pertahanan Awam bertugas di Mekah, Madinah


GAMBAR tidak bertarikh merakamkan dua pegawai Pertahanan Awam memantau pergerakan para jemaah menerusi paparan di televisyen yang disambungkan dengan CCTV di Mekah, Arab Saudi. - Agensi
MEKAH 2 Ogos - Sebanyak 4,900 anggota Pertahanan Awam telah dikerah untuk menangani sebarang keadaan kecemasan di Mekah dan Madinah sepanjang tempoh 10 hari terakhir pada bulan Ramadan ini.
Ketua Pengarah Pertahanan Awam, Leftenan Jeneral Saad Abdullah Al-Twaijri berkata, 3,900 pegawai dikerah di dalam dan sekitar Masjidilharam di Mekah dan 1,000 orang lagi ditempatkan di Masjid Nabi dan kawasan sekitarnya.
Katanya, kerahan itu merangkumi kawasan-kawasan baharu di Masjidilharam dan semua jalan utama di Mekah.
''Satu pasukan simpanan pula akan memberi bantuan sokongan kepada anggota Pertahanan Awam bagi meningkatkan keupayaan pasukan tersebut,''jelasnya.
Katanya, Pertahanan Awam turut akan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) dan menggunakan skrin layar yang diletakkan di hadapan pintu utama masjid untuk mengingatkan jemaah umrah tentang kesesakan di dalam masjid.
Perkhidmatan kenderaan bugi juga akan dilengkapi dengan kamera untuk menghantar gambar kemalangan ke bilik Bilik Gerakan Pertahanan Awam.
Bilik tersebut akan berfungsi memantau pergerakan jemaah umrah dengan bantuan 4,000 kamera litar tertutup (CCTV) di sema daerah di Mekah sepanjang masa. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130803/lu_03/4900-anggota-Pertahanan-Awam-bertugas-di-Mekah-Madinah#ixzz2b05PHX82
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment