Saturday, August 3, 2013

AS berang tindakan Rusia beri suaka kepada Snowden

DOKUMEN suaka yang dikeluarkan kepada pembocor maklumat AS, Edward Snowden dipapar pada satu sidang media di Moscow kelmarin.- AP


MOSCOW - Rusia semalam berdepan kemarahan Amerika Syarikat (AS) kerana mengizinkan pembocor maklumat sulit, Edward Snowden mendapatkan suaka di negara itu.
Kebenaran itu membolehkan Snowden meninggalkan zon transit Lapangan Terbang Sheremetyevo di sini selepas terkandas selama lima minggu.
Tempat persembunyian Snowden, 29, kini menjadi misteri selepas peguamnya enggan mendedahkan lokasi tersebut atas faktor keselamatan.
Snowden meninggalkan lapangan terbang ini dengan menaiki sebuah teksi menuju ke satu lokasi rahsia semalam.
Dia mendapat suaka selama setahun di Rusia. Bekas petugas Agensi Perisikan Pusat dan kontraktor Agensi Keselamatan Negara itu dikehendaki kerana mendedahkan maklumat program pengintipan rakyat AS.
Mengulas perkembangan tersebut, White House memberitahu bahawa pihaknya amat kecewa dengan keputusan Moscow.
"Langkah Rusia itu menjejaskan kerjasama penguatkuasaan undang-undang antara kedua-dua negara yang sudah sekian lama terjalin," kata jurucakap White House, Jay Carney.
Menurutnya, Washington menimbang untuk membatalkan satu sidang kemuncak antara Presiden Barack Obama dan Presiden Vladimir Putin bulan depan susulan perkembangan tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm#ixzz2armG1czJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment