Saturday, August 3, 2013

Kumpulan pemisah sasar kilang, kedai


Bangkok: Kumpulan pemisah selatan Thai semalam menyasarkan serangan mereka terhadap beberapa kilang dan kedai di wilayah berkenaan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa negara itu itu dan penganalisis politik bersependapat keganasan kumpulan berkenaan meningkat menjelang akhir Ramadan minggu depan.


Dalam serangan terbaru itu semalam, 12 premis di Pattani, Yala dan Songkhla dibakar serentak antara jam 3 dan 4 pagi semalam, dengan kebanyakan membabitkan kedai dan kilang.

Yala mengalami serangan paling buruk apabila empat kilang dan sebuah menara isyarat telefon bimbit dibakar di daerah Muang.


“Mereka menyasar memusnahkan ekonomi di kawasan itu,” kata penyelidik kanan Pemerhati Hak Asasi Manusia Thai Sunai Phasuk.


Dia percaya serangan itu dilakukan kumpulan tertentu yang menentang gencatan senjata pada Ramadan antara kerajaan Thai dan Barisan Revolusi Nasional (BRN).

Ramadan dijangka berakhir di Thailand pada 9 Ogos depan.

Tempoh 40 hari bebas keganasan sebelum ini dipersetujui kerajaan dengan BRN dan ia akan berakhir 18 Ogos. - Agensi

No comments:

Post a Comment