Thursday, January 16, 2014

NSA pantau 100,000 perisian komputer


2014/01/16
Washington: Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) memasukkan hampir 100,000 perisian komputer di seluruh dunia tetapi tidak di Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkan ia memantau komputer terbabit, lapor akhbar The New York Times kelmarin.

Akhbar itu memetik dokumen NSA, pakar komputer dan pegawai rasmi AS di dalam laporannya membabitkan penggunaan teknologi gelombang radio rahsia bagi meraih akses kepada komputer negara asing, yang mana negara sasaran cuba melindunginya.


Rangkaian perisian itu menghasilkan lebuh raya digital untuk serangan siber. Teknologi itu digunakan NSA untuk beberapa tahun, menerusi gelombang radio yang boleh dipancarkan menerusi papan litar kecil dan kad USB rahsia dalam komputer.

NSA menyifatkan usaha itu sebagai usaha “pertahanan aktif” dan digunakan untuk mengintip unit Tentera China, tentera Russia, kartel dadah, institusi dagangan dalam Kesatuan Eropah dan beberapa rakan niaga AS menentang pengganas seperti Arab Saudi, India dan Pakistan, menurut laporan The Times. - AP

No comments:

Post a Comment