Thursday, January 16, 2014

SATU MASA KETIKA ISLAM DI KEMUNCAKNYA




Satu Dekri (Perintah DiRaja) yang dikeluarkan oleh Sultan Mehmed II dalam tahun 1400an yang menjamin perlindungan keselamatan dan kebebasan sekumpulan penganut Kristian yang berada dibawah empayarnya seperti berikut:

"Adalah beta, Sultan Khan, Sang Penakluk, dengan ini mengisytiharkan kepada seluruh dunia bahawa Franciscan Bosnia yang dikurniakan Dekri DiRaja ini berada di bawah jaminan perlindungan beta. Dan beta perintahkan:

Tiada sesiapa pun mengganggu atau memberi mudarat kepada orang-orang ini dan gereja-gereja mereka! Mereka akan hidup di dalam negeri beta dengan keadaan kekal aman.

Orang-orang ini yang telah berhijrah ke sini, akan mendapat jaminan keselamatan dan kebebasan. Mereka juga boleh kembali ke biara mereka yang bersempadan dengan negeri beta pada sebilang masa.

Tiada sesiapa daripada empayar beta yang termasyhur ini, baik para wazir, kerani ataupun pembantu rumah beta akan memungkiri janji mereka atau memberi apa-apa kemudaratan kepada mereka! Tiada sesiapa pun dari kalangan mereka akan menghina atau mengancam dengan bahaya atau mencederakan nyawa, harta dan gereja orang-orang ini! Juga, jaminan ini tertakluk keatas apa- apa yang dibawa bersama-sama dengan mereka daripada negara asal mereka.

Dengan mengisytiharkan dekri ini, beta bersumpah pada pedang beta dengan nama suci Allah yang telah menciptakan bumi dan langit, Nabi Muhammad Pesuruh Allah dan 124,000 orang para nabi terdahulu, bahawasanya tidak akan ada seorangpun dari rakyat beta yang akan mengingkari atau yang berkelakuan bertentangan dengan dekri ini!"

No comments:

Post a Comment