Thursday, January 16, 2014

Presiden Perancis pening kepala pilih wanita pertama



REUTERS
GAMBAR fail menunjukkan Hollande dengan Trierweiler.


PARIS - Presiden Perancis, Francois Hollande akan menentukan siapa yang bakal menjadi Wanita Pertama negara itu selepas skandal beliau dengan seorang pelakon terbongkar baru-baru ini.
Hollande, 59, semalam membuat pengakuan bahawa hubungan beliau dan pasangan hidupnya, Valérie Trierweiler, 48, kini berada dalam situasi sukar selepas sebuah akbar tabloid pada Jumaat lalu menyiarkan gambar beliau bersama seorang aktres, Julie Gayet (gambar) di sebuah apartmen.
Akhbar tersebut turut melaporkan Gayet, 41, hamil empat bulan hasil daripada hubungan sulitnya dengan Hollande.
Apabila ditanya seorang wartawan kelmarin sama ada Trierweiler masih lagi wanita pertama negara ini, Hollande enggan mengulas lanjut.



"Dalam kehidupan peribadi semua orang mesti melalui detik-detik yang sukar. Begitu juga dengan kami yang kini melalui detik-detik yang menyakitkan.
"Bagaimanapun, kehidupan peribadi perlu diuruskan secara peribadi dan waktu serta situasi ini bukanlah masa yang sesuai untuk menjawab persoalan berkenaan," katanya.
Menurutnya, beliau akan menjelaskan perkara itu (kedudukan wanita pertama) sebelum lawatan ke Amerika Syarikat pada 11 Februari ini.
Hollande dan Trierweiler tidak penah berkahwin dan skandal tersebut menimbulkan persoalan sama ada Trierweiler yang kini dirawat di sebuah hospital akibat terkejut dengan berita itu masih merupakan wanita pertama Perancis.
Gelaran wanita pertama bukanlah jawatan rasmi di Perancis tetapi Trierweiler mempunyai pejabat dan beberapa orang pembantu di Istana Elysée dan sering menemani Hollande untuk lawatan rasmi. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2qVNWT9H0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment