Friday, June 27, 2014

Lagi jauh ke selatan


Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss berkata, kawasan tumpuan baru masih berada di lengkok ketujuh iaitu lokasi terakhir pesawat itu dikesan satelit.
"Fokus pencarian kini beralih ke kawasan lebih jauh ke selatan sepanjang lengkok itu," katanya.

Zon baru ini dikenal pasti berdasarkan analisis baru data satelit dan maklumat radar awal apabila pesawat itu tiba-tiba berpatah balik merentasi Semenanjung Malaysia menuju ke selatan Lautan Hindi.
Foto
PETA menunjukkan kawasan carian baru. FOTO EPA

"Pesawat itu berkemungkinan besar berada dalam mod 'autopilot'. Jika tidak, it tidak dapat mengikut laluan teratur yang dikenal pasti menerusi satelit," kata Truss.

Dua kapal iaitu satu dari China dan satu lagi daripada syarikat kejuruteraan Belanda Fugro sedang membuat kerja pemetaan dasar laut di sepanjang lingkungan itu di mana kedalaman boleh melebihi 5,000 meter.

Fasa baru pencarian dijangka bermula Ogos ini dan mengambil masa setahun.

Ia akan merangkumi kawasan seluas 60,000 kilometer persegi dengan jangkaan kos sekurang-kurangnya A$60 juta (RM182 juta).

Pesawat MH370 dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke China hilang bersama 239 penumpang dan kru pada 8 Mac lalu. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/26

No comments:

Post a Comment