Friday, June 27, 2014

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tidak faham konsep penswastaan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila mengkritik konsesi berkenaan.

* Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli tidak faham konsep penswastaan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila mengkritik konsesi berkenaan.

** Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Datuk Shahrir Abdul Jalil, iaitu adik kepada Sharizat memperolehi perjanjian konsesi itu melalui syarikat Tentu Selesa Sdn Bhd di mana rakan kongsinya juga berkait rapat dengan Umno.

"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia dikuasai dua tokoh rapat dengan Umno selain adik Sharizat, Datuk Aidit Ghazali merupakan timbalan presiden Jalur Tiga (Jati)," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Semalam, Rafizi turut mendedahkan penyerahan konsesi pembinaan cawangan UiTM Pasir Gudang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Bertam, Shariful Azhar Othman.

Ini bukan pertama kali bekas menteri pembangunan wanita dan keluarga dan masyarakat itu terpalit dengan kontroversi kerana sebelum ini dikaitkan dengan skandal ternakan lembut Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang juga didedahkan oleh Rafizi.

Rafizi berkata, Tentu Selesa yang memiliki pegangan 29% saham bersama syarikat Menang Development M Sdn Bhd dan Menang Industries M Sdn Bhd yang bernaung di sebuah syarikat Inovatif Mewah Sdn Bhd.

Katanya, tambah mengejutkan apabila Tentu Selesa yang dimiliki oleh adik bekas menteri itu merupakan sebuah syarikat dengan terbitan saham sebanyak RM2 sahaja.

"Dua pemegang saham RM2 ini merupakan Saharudin Abdullah dan Sumami Kiman di mana ia turut digunakan dalam pelbagai urusniaga kontroversi termasuk cadangan pengambil alihan KFC dan Plus,” katanya.

Rafizi berkata, Shahrir pernah digantung selama 3 tahun oleh Lembaga Displin Umno kerana kesalahan mengamalkan politik wang pada 2005 turut dinamakan sebagai pengarah kepada pemegang konsesi Inovatif Mewah.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, projek konsesi yang diberikan kepada kroni Umno tersebut adalah daripada agensi kerajaan yang tidak melibatkan tender terbuka.

"Masalah dengan konsesi ini ialah ia dilantik oleh agensi kerajaan secara terus tanpa memerlukan tender terbuka dan apabila ia berlaku maka pemaju itu tertakluk di bawah. akta kerahsiaan yang tidak boleh didedahkan.

"Ini yang berlaku kepada kebanyakan projek seperti Plus dan pembinaan lebuh raya lain di bawah akta kerahsiaan, kita memang tidak boleh buat apa-apa," katanya.

Sehubungan itu, katanya, PKR memandang berat sistem pelaksanaan yang digunakan kerajaan.

"Sebuah syarikat bermodal RM2 diberi pegangan sehingga 29% dalam satu konsesi bernilai RM1.5 bilion hanya kerana ia dikuasai oleh tokoh Umno.

"Sistem itu sendiri perlu diubah, kita tidak boleh selamanya begini kerana akhirnya menjadi beban rakyat," katanya.

Selain itu, Rafizi berkata akan merujuk perkara tersebut kepada Ketua Audit Negara bagi saranan tindakan.

"Saya lebih percaya kepada Ketua Audit Negara daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau kita bawa kepada agensi itu mereka akan menyatakan tidak ada kes kerana tidak ada transaksi," katanya.
 

No comments:

Post a Comment