ABUJA - Seorang penyanyi Nigeria sanggup menawarkan daranya sebagai pertukaran untuk membebaskan lebih 200 pelajar perempuan yang diculik kumpulan militan Boko Haram, lapor akbar New York Daily News kelmarin.
Kumpulan pemberontak Boko Haram bergiat aktif di Nigeria sejak 2009.
Tawaran oleh penyanyi tersebut, Adokiye Kyrian, 23, didedahkan dalam satu temu bual bersama media tempatan.
"Mereka terlalu muda. Saya mahu menawarkan diri saya sebagai ganti," Adokiye memberitahu akhbar Vanguard.
Apabila seorang wartawan memberitahu penyanyi itu tentang tindakan yang akan dilakukan oleh kumpulan penculik itu ke atas dirinya, Adokiye masih enggan berganjak daripada keputusannya.
"Para pelajar itu berusia antara 12 hingga 15 tahun. Saya lebih tua dan berpengalaman. Walaupun terdapat 10 hingga 12 lelaki yang ingin meniduri saya pada setiap malam, saya tidak peduli. Saya mahu mereka membebaskan kesemua tebusan," jelasnya.
Namun, tawaran tersebut mendapat reaksi negatif ramai pengguna laman sosial yang berpendapat Adokiye cuba mencari publisiti murah.
"Adokiye memberitahu kita semua bahawa dia masih dara, saya tidak percaya," kata seorang pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan nama still_jimmy.
Kumpulan pengganas itu menculik lebih 300 pelajar perempuan di Chibok dua bulan lalu manakala kira-kira 176 mangsa telah berjaya melarikan diri. - Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz35nMihqiF
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment