Tuesday, August 12, 2014

Bahasa ‘ayam, itik’


Sepang: “Walaupun kami bercakap umpama ‘ayam dan itik’ dengan tentera pemberontak pro-Russia berikutan mereka tidak boleh berbahasa Inggeris namun ia bukan halangan untuk menjalankan tugas,” kata anggota VAT69 Koperal S Nadisan, 31.
Dia adalah antara empat petugas khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) terdiri anggota VAT 69 dan seorang anggota forensik yang selamat pulang ke tanah air petang semalam selepas menyertai pasukan penyiasat antarabangsa penerbangan MH17 di Ukraine. 
Kumpulan ketiga itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 3.30 petang tadi. 

Ketibaan mereka disambut oleh Komander VAT69, Datuk Azizan Abd Aziz dan diadakan bacaan doa selamat setibanya mereka di bilik VIP KLIA di sini.
Foto
AZIZAN bertanya sesuatu kepada anggota pasukan VAT69 yang ditugaskan ke lokasi nahas MH17 di Ukraine ketika menyambut kepulangan mereka di KLIA, semalam.

Nadisan yang berada di Ukraine sejak dua minggu lalu selepas menjalankan tugas di kawasan Forward Operating Based (FOB) memberitahu tentera pemberontak hanya membenarkan mereka masuk ke kawasan nahas penerbangan MH17 selama satu jam.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/12

No comments:

Post a Comment