TENTERA Ukraine bergerak menaiki kenderaan perisai di Donetsk, bandar terbesar di timur Ukraine, hari ini. - Foto AFP
KIEV: Russia mengerah 45,000 anggota tentera dengan senjata berat termasuk kereta kebal, sistem peluru berpandu, pesawat perang dan helikopter tempur di kawasan sempadan dengan Ukraine, menurut jurucakap tentera Ukraine, Andriy Lysenko.
"Pada 11 pagi ini, kira-kira 45,000 anggota pasukan bersenjata dan dalam negeri Persekutuan Russia berada di kawasan sempadan," katanya pada satu sesi taklimat.
Beliau berkata, pasukan tentera berkenaan disokong 160 kereta kebal, 1,360 kereta perisai, 390 sistem artileri, sehingga 150 pelancar peluru berpandu Grad, 192 jet pejuang dan 137 helikopter tempur. - Reuters
No comments:
Post a Comment