Tuesday, August 12, 2014

Bekas ahli kongres yakin Amerika sorok maklumat


Amerika Syarikat: Bekas ahli kongres Amerika Syarikat (AS) Ron Paul yakin pihak berkuasa negara itu menyembunyikan banyak maklumat serta merahsiakan fakta sebenar berhubung tragedi penerbangan MH17.

Menurutnya, dia yakin negara itu tahu lebih banyak maklumat berhubung tragedi pesawat MH17 yang terhempas d Timur Ukraine dan membunuh 298 penumpang di dalamnya.


Agensi media RT News dipetik berkata, Paul yakin kerajaan AS menyembunyikan sesetengah maklumat dan kebenaran berhubung insiden pesawat itu yang sehingga kini menjadi persoalan.



“Kerajaan AS sengaja berdiam diri terhadap tuduhan bahawa Russia ataupun sekutunya menembak jatuh pesawat berkenaan menggunakan sistem peluru berpandu BUK,” katanya.


Komen dikeluarkan Paul itu berbeza dengan pendapat media utama barat yang kebanyakannya menyalahkan tentera pemberontak pro-Russia yang dituduh menembak jatuh pesawat komersial itu.


Menurut Paul, sukar untuk mempercayai AS yang dilengkapi dengan sistem satelit canggih dan memantau segala pergerakan di Ukraine gagal untuk membuktikan siapa yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/12

No comments:

Post a Comment