Thursday, August 7, 2014

Etnik Uighur dilarang naik bas awam


ETNIK Uighur di Xinjiang terus ditindas China dan tidak dibenar mengamalkan ajaran Islam. - AGENSI
BEIJING 6 Ogos - Selepas berkali-kali berdepan sekatan mengamalkan cara hidup Islam, etnik Uighur di Xinjiang sekali lagi ditindas apabila masyarakat Islam itu dilarang menaiki bas awam di wilayah tersebut.
Menurut laporan akhbar, Karamay Daily, pihak berkuasa di Karamay melarang lelaki berjanggut panjang serta wanita memakai tudung, burka atau niqab daripada menaiki bas.
"Individu tidak mematuhi peraturan itu boleh ditahan polis," jelas akhbar berkenaan.
Peraturan baharu yang dikuatkuasakan itu mengundang kritikan banyak pihak terutamanya kumpulan hak asasi manusia.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia (WUC), Dilxat Raxit dalam satu kenyataan kepada AFP berkata, langkah tersebut merupakan antara sekatan diskriminasi yang telah dialami sejak sekian lama oleh etnik Uighur.
Masyarakat Uighur dilaporkan sering ditindas pihak berkuasa China termasuk dilarang berpuasa sepanjang bulan Ramadan baru-baru ini.
Beijing turut menuduh etnik itu bertanggungjawab dalam beberapa serangan ganas di seluruh negara atas alasan mahu mencapai kemerdekaan untuk wilayah Xinjiang.
Pihak berkuasa di ibu negara Xinjiang, Urumqi bulan lalu melarang penumpang bas awam daripada membawa barangan seperti pemetik api dan yogurt berikutan kebimbangan berlaku serangan ganas. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140807/lu_09/Etnik-Uighur-dilarang-naik-bas-awam#ixzz39eYkvOU5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment