Friday, September 26, 2014

25,000 lembu untuk korban


Putrajaya: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bahawa bekalan lembu untuk korban perayaan Aidiladha pada 5 Oktober ini adalah mencukupi.

Berikutan itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, masyarakat Islam di negara ini tidak perlu bimbang memandangkan bekalan lembu termasuk yang diimport dan tempatan mencukupi bagi tujuan itu.


“Kira-kira 25,000 lembu disediakan untuk korban hari raya nanti dan ia memenuhi keperluan serta permintaan mereka. Secara kasar, dianggarkan separuh daripada jumlah bekalan adalah lembu tempatan.



“Negara tidak berdepan dengan masalah bekalan lembu dan kami tidak pernah menerima aduan berhubung keputusan bekalan terumasuk pada sambutan Aidilfitri lalu,” katanya pada sidang media selepas Sambutan Hari Inovasi 2014 di sini, semalam.


Dalam pada itu, Tajuddin berkata, lembu yang diimport ke negara ini dibawa dari Thailand, Australia serta Myanmar dan pihaknya sentiasa memastikan bekalan mencukupi.


Terdahulu, Tajuddin dalam ucapannya berkata, warga kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang diberikan dalam melaksanakan misi serta mandat yang diberi.

Katanya, kakitangan dan pegawai juga perlu memajukan transformasi melalui inovasi terutama dalam bidang pertanian bagi kumpulan sasar yang terdiri daripada penternak; petani; peladang dan nelayan.


“Bagaimana, melaksanakan transformasi yang boleh memberikan perubahan kepada kumpulan sasar ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/26

No comments:

Post a Comment