JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2014 @ 11:06 AM
SYDNEY: Australia akan menghantar pelarian yang tiba dengan bot ke negara berkenaan untuk ditempatkan semula di Kemboja penghujung tahun ini dan akan membayar negara Asia Tenggara itu A$40 juta (RM112 juta) bagi menerima mereka.
Menteri Imigresen Scott Morrison, yang akan menandatangani perjanjian penempatan semula yang kontroversial di Phnom Penh esok, mempertahankan perancangan itu dan berkata ia akan membantu mencapai ikrar kerajaan bahawa tidak ada pelarian yang akan ditempatkan semula di Australia.
"Ia adalah penyelesaian di peringkat serantau. Ia adalah berkenaan menempatkan mereka semula di negara ketiga iaitu Kemboja, salah satu negara yang menandatangani Konvension Pelarian," katanya kepada stesen radio nasional.
Kumpulan hak asasi manusia mengecam langkah itu, dan mendakwa Canberra melanggar kewajipan antarabangsa memandangkan Kemboja bukan negara ketiga yang selamat. - REUTERS

No comments:
Post a Comment