Friday, September 26, 2014

Aeril, Wawa didenda RM1,800



AERIL dan Wawa bernikah semula pada 4 Februari tahun lalu.


SHAH ALAM – Pasangan pelakon Aeril Zafrel, 26, dan Wawa Zainal, 22, didenda RM1,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Petaling, dekat sini semalam atas kesalahan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk negeri Selangor, dua tahun lalu.
Hakim Saharuddin Selamat menjatuhkan hukuman denda itu setelah Aeril atau nama sebenarnya Suhairi Sunari dan Wawa iaitu Nur Hawa Zainal Abidin, mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan, Aeril dan Wawa didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah yang beralamat di No. 2, Lorong 7A, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya pukul 8 malam, 25 Februari 2012.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Syarie, Khafizah Ahmat Khairi manakala pasangan pelakon yang membintangi filem Cerita Cinta Kita itu diwakili peguam Mohd. Noor Aizan Md. Idrus
Terdahulu, Mohd. Noor Aizan merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman denda sahaja kerana kedua-dua mereka telah insaf selain sudah berkahwin semula di Shah Alam, Selangor pada 4 Februari tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3EORUpbnZ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment