Friday, September 26, 2014

Ukraine mahu tutup sempadan dengan Rusia


KIEV 25 Sept. - Presiden Ukraine, Petro Poroshenko hari ini mengarahkan kerajaan menimbang untuk menutup sementara pintu sempadan negara dengan Rusia bagi membantu dalam menghentikan 'campur tangan' Moscow di negara ini.
Sumber keselamatan Ukraine berkata, pendekatan itu akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Langkah tersebut jika dilaksanakan, menggariskan usaha Ukraine untuk meminggirkan Rusia.
Hubungan kedua-dua negara merosot sejak Februari lalu apabila pemimpin pro-Kremlin digulingkan dan pemisahan Crimea dari Ukraine. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140926/lu_07/Ukraine-mahu-tutup-sempadan-dengan-Rusia#ixzz3END5MHiM
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment