IPOH – Burulah dengan apa cara sekalipun, asalkan dia dibawa ke muka pengadilan.
Itu antara gesaan yang diberikan beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di sini yang mendesak pihak berkuasa memastikan penulis blog kontroversi, Alvin Tan dijejaki untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
Mereka mahu, Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, yang didapati menghina beberapa pemimpin negara di media sosial Facebook miliknya itu diburu dengan apa cara sekali pun termasuk menggunakan saluran diplomatik, selepas dipercayai berada di luar negara.
Pengerusi NGO 1Larut, Mohamad Nizam Rahadi berkata, seperti jaminan yang diberikan Ketua Polis Negara, pihaknya yakin, penulis blog berkenaan dapat dijejaki.
Menurutnya, berada di luar negara bukan halangan untuk pihak berkuasa membawa pulang penulis blog berkenaan ke negara ini.
“Mungkin sekarang dia sudah tak senang duduk setelah mengeluarkan kenyataan menghina seperti itu, jadi kami desak, jejakilah dia sehingga dapat.
“Perbuatannya itu satu fitnah berat yang boleh menggugat perpaduan kaum,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, semalam.
Laporan sama turut dibuat, Umno bahagian Larut diketuai Naib Ketua bahagian itu, Mohd Zaidi Dolah, Pemuda Parti Pembangunan Perpaduan (PPP) yang diwakili Setiausahanya, Tan Kin Ming dan Pemuda BN Negeri diwakili Naib Pengerusi, Mustafar Rahadi.
Dalam perkembangan sama, Mohd Zohdi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Alvin yang dilihat cuba mencetuskan kembali kontroversi membabitkan sentimen kaum.
“Perbuatan itu tidak boleh dimaafkan dan tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menimbulkan masalah antara kaum.
“Kami mengutuk keras perbuatan Alvin dan mendesak supaya dia dijejaki dan dibawa pulang ke negara ini untuk diadili,” katanya.
Alvin yang mencetuskan kontroversi apabila memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara baru-baru ini dan kini dikatakan berada di Los Angeles, California.

No comments:
Post a Comment