BERNERS-LEE
BERNERS-LEE
LONDON - BRITAIN. Pencipta jaringan sejagat (www) memberi amaran bahawa kebebasan internet kini semakin terancam selepas ada pihak berhasrat untuk mengawal pelayan web tersebut.

Susulan itu, saintis komputer, Tim Berners-Lee, 59, yang menghasilkan jaringan sejagat tersebut kira-kira 25 tahun lalu bertindak menggesa satu rang undang-undang berhubung jaminan terhadap kebebasan internet dan hak privasi pengguna digubal untuk menangani ancaman itu.

"Hidup pengguna boleh dikawal sepenuhnya jika ada pihak yang mengawal akses internet mereka. Ia boleh menyebabkan penyalahgunaan kuasa mengawal internet secara berleluasa," jelasnya dipetik AFP.

Difahamkan, Berners-Lee menyuarakan kebimbangan itu selepas banyak negara dilaporkan melakukan pemantauan terhadap aktiviti dalam talian sejak akhir-akhir ini.