Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan Polis Antarabangsa (INTERPOL) untuk mengesan blogger kontroversi Alvin Tan yang gagal hadir ke prosiding mahkamah kerana dakwaan mempersenda umat Islam tahun lalu selepas dia dipercayai melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS).
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang menegaskan pihaknya akan mencari Alvin walau di mana jua dia berada.
"Kita akan minta INTERPOL untuk kesan dia (Alvin). Setiap negara ada undang-undang dan kita akan cari dia sampai dapat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Alvin yang mengumumkan kononnya dia membuat permohonan suaka di AS menerusi posting dalam laman Facebook peribadinya pada 26 September lalu turut menghina beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain menyamakan Khalid dengan pemimpin Nazi Heinrich Himmler.
Alvin yang mengumumkan kononnya dia membuat permohonan suaka di AS menerusi posting dalam laman Facebook peribadinya pada 26 September lalu turut menghina beberapa pemimpin negara termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain menyamakan Khalid dengan pemimpin Nazi Heinrich Himmler.
ALVIN bergambar di lokasi yang didakwa Pantai Venice, AS.
"Sesetengah orang akan kata saya bodoh kerana bersuara sebelum permohonan suaka diluluskan, sama seperti ketika saya memulakan blog seks sebelum tamat pengajian undang-undang dulu," katanya dalam posting berkenaan.
Selain itu Alvin turut berkongsi sekeping gambarnya di lokasi yang didakwa Pantai Venice, Los Angeles.
Pada 13 Jun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap ke atas Alvin, selepas dia gagal menyerahkan semula pasport yang diserahkan kepadanya sebelum ini, bagi membolehkannya ke Singapura untuk tujuan penggambaran dokumentari.
Sejak itu, Alvin gagal hadir ke mahkamah sehingga menyebabkan wang jaminan RM20,000 yang dibayar ibunya All Kim Lian, 57, dan sepupu Loo Ching Ching, 44, dirampas mahkamah.
Di Melaka, Pemuda UMNO Malaysia, Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil dan Persatuan Veteran Bekas Tentera Tidak Berpencen negeri membuat laporan polis berhubung tindakan Alvin yang menghina pemimpin negara di laman sosial FBnya itu.
Tiga laporan terhadap Alvin yang juga blogger kontroversi itu dibuat EXCO Pemuda UMNO Mohd Rafiq Naizamohideen ditemani kira-kira 20 ahli UMNO dan persatuan berkenaan di Balai Polis Melaka Tengah, Bandar Hilir kira-kira jam 1 tengah hari, semalam.
Mohd Rafiq yang juga Presiden Pemikir Muda Malaysia berkata, pihaknya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas Alvin yang sebelum ini pernah didakwa mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan di mahkamah.
"Apa yang dinyatakannya itu bukan mewakili suara majoriti rakyat negara ini sebaliknya pendapatnya yang mempunyai masalah peribadi dan tidak mempunyai kesopanan selaras dengan prinsip Rukun Negara.
"Ini bukan kesalahan pertama dilakukannya, sebelum ini dia mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan justeru, kita menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan INTERPOL bagi menjejakinya," katanya.
No comments:
Post a Comment