Tuesday, September 30, 2014

Sedia tangani semua ancaman


Menurutnya, pasukan keselamatan Saudi mampu menangani sebarang ancaman keganasan sama ada oleh individu atau yang dilakukan secara berkumpulan. 
Mohammed yang juga pengerusi Jawatankuasa Agung Haji berkata demikian kepada media selepas membuat pemeriksaan ketersediaan agensi keselamatan negara itu untuk musim haji ini. 

Dia turut menasihatkan jemaah supaya mengelak daripada terbabit dalam propaganda politik atau sebarang aktiviti lain yang mampu menggugat kesucian ibadah haji.
Foto
ANGGOTA tentera Arab Saudi mempamerkan ketangkasan mereka dalam pertunjukkan sempena persediaan menyambut musim haji di Makkah, semalam.

Ditanya mengenai ancaman kumpulan Negara Islam (IS), Mohamed berkata, Raja Abdullah sudah mengingatkan kepada pemimpin dunia bahawa pengganas mungkin menyerang negara mereka jika tindakan tidak diambil untuk menangani jenayah yang dilakukan kumpulan itu dan kumpulan lain seumpamanya.

“Kami tahu IS disokong negara serta organisasi tertentu, namun kami cukup bersedia menghadapi ancaman mereka, bukan saja dari segi tenaga tentera malah juga keazaman kami.

“Pasukan keselamatan kami berjaya menghapuskan ancaman operasi pengganas sebelum ini,” kata Mohammed. 

Menurutnya, banyak negara lain sudah mendapat manfaat daripada kepakaran Arab Saudi dalam menangani pengganas. 

Sehubungan itu, dia turut menegaskan IS dan kumpulan lain seumpamanya wajar dihapuskan untuk menjamin keselamatan serta kestabilan sejagat. 

Menurutnya, keadaan di Yaman kini juga bukan saja menjejaskan kepentingan rakyat negara itu sendiri tetapi juga negara jiran. 

Dia memberi amaran Riyadh tidak teragak-agak bertindak keras terhadap pengganas. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/30

No comments:

Post a Comment