Friday, September 19, 2014

Hyundai beli tanah 10.5 trilion won di Gangnam



REUTERS
PEMANDANGAN dari udara menunjukkan bangunan ibu pejabat KEPCO (tengah) 
di ibu kota Korea Selatan, Seoul kelmarin.


SEOUL - Perang bidaan antara dua gergasi industri Korea Selatan berakhir semalam apabila Hyundai mengetepikan Samsung untuk memiliki sebidang tanah di daerah elit Gangnam di sini pada harga 10.5 trilion won sekali gus urusniaga hartanah termahal di negara itu.
Tanah seluas 79,345 meter persegi (7.9 hektar) milik firma kerajaan Korea Electric Power Corp. (KEPCO) itu pada awalnya bernilai kira-kira 3.3 trilion won (RM9.6 bilion).
"Akhirnya, Hyundai yang merupakan pengeluar kereta utama di Korea Selatan membida 10.5 trilion won (RM32.3 bilion) atau AS$126,000 (RM407,036) untuk setiap 1 meter persegi," kata KEPCO dalam satu kenyataan.
Jumlah bidaan Samsung bagaimanapun tidak dedahkan.
Daerah elit Gangnam menjadi terkenal di seluruh dunia susulan kejayaan lagu Gangnam Style yang dinyanyikan oleh artis rap Korea Selatan, Psy. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0919&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3DiBepue6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment